Monday, 27 January 2020

BREAKING: Chinese health official says coronavirus crisis is accelerating

Salam n hye~~~

Dunia digemparkan dengan satu penemuan virus baru yang diberi nama coronovirus. Prior coronavirus dikatakan berpunca dari pasar basah eksotik di Wuhan, China.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia virus ini tiada ubat dan vaksin lagi. So langkah pencegahan adalah seperti dibawah :



Sehingga kini banyak negara telah terjejas kerana virus ini


Filipina juga menyekat kemasukan smntara dri ROC. 


Manakala di Malaysia pula 3 warga china telah dikuarantin di Hospital sungai Buloh kerana disyaki virus ini. Netizen malaysia tidak berpuas hati dengan masalah ini tetapi KKM telah mengeluarkan statement di twitter dengan mengatakan pencegahan yang amat teliti akan diberikan kepada pesakit tersebut untuk mengelakan perkara tidak diingini berlaku.



Seperti sedia maklum prior wabak ini bermula di pasar di Wuhan yang menjual pelbagai makanan eksotik seperti ular, kelakar etc. Virus ini dikatakan berpunca dari dua jenis haiwan ini. 

Stay safe. Follow hygiene steps dan elakan tempat ramai pelancong jika tiada sebarang benda penting. Jangan lupa follow guidelines yang telah diberikan KKM and WHO



................................. 

So kat bawah ni ada a few movie yang berkaitan dengam virus untuk korang tengok bagi 'suasana' lebih terasa kan? 




World War


Deranged


Contagion


Flu

-


Friday, 17 January 2020

Bukit Ekspo UPM | How to release stress

Salam n hye~~~

Pernah pergi bukit ekspo UPM? Kalau tak pernah boleh pergi sebab dia lagi besar dari tasik titiwangsa dan banyak pokok-pokik dan tanaman lain. Ada tempat untuk BBQ lagi.

Tapi apa yang paling best ialah bagi ikan makan kat tasik. Itu adalah salah satu cara nak relax dan lepaskan stress. Tak percaya boleh cuba.



Cantikan tempat ni? 




Untuk lebih lanjut nak tengok macam mana ikan berebut makan boleh video kat atas.

Disebabkan saya pelajar kat so memang recommended untuk siapa2 yang nak riadah dan melepaskan stress. Haha


Tak boleh dinafikan semua spot cantik untuk bergambar. 


Boleh berjam tengok ikan dan bagi dia makan. 






Wednesday, 15 January 2020

E-TUNAI RAKYAT | Touch n go e wallet

Salam n hye~~~ Korang tahu ke korang boleh claim RM30 e tunai rakyat mulai hari ni sampai 15 march? Hanya download aplikasi touch n go e wallet dekat playstore dan claim. Klik e tunai rakyat tu.

Langkah-langkah nak claim ialah.
1. Download aplikasi TOUCH N GO EWALLET atau BOOST dekat playstore.
2. Lepas register dan claim!





Boleh claim melalui aplikasi touch n go or grab and boost tau. Tapi saya lebih prefer touch n go sebab selalu guna dan dapat cash back balik walaupun tak banyak.



Dan adakah korang tahu yabg touch n go e wallet ni boleh beli tiket movie tgv dengan harga RM10 SAHAJA untuk semua movie2 baru? Tapi hanya dia kaunter self service la.


Bermula dari bulan disember 2019 sampai disember 2020 dan akan dapat cashback RM5 BALIK.. Berbaloi kan?

Sunday, 12 January 2020

Taman Tasik Sri Rampai

Salam n hye~~~

Taman tasik sri rampai ni under construction lama juga dan opening dia lebih kurang sama dengan Taman Tasik Titiwangsa.

Walaupun tak seluas Taman Tasik Titiwangsa tapi cukuplah untuk penduduk disitu jogging dan beriadah. Dia hanya semata2 tasik sahaja tak ada permainan lain untuk kanak-kanak. Malam gelap la sikit sebab tak ada lampu.





Cuma satu jelah masalahnya. SAMPAH. Kenapa ye suka buang sampah merata? Sedangkan tong sampah banyak je kosong. Kenapa nak buang jugak dalam tasik dan kawasan lalu lalang tu?

Thursday, 9 January 2020

Making simple things complicated

Salam n hyeee~~~

Hari off day ni tak tahu nak buat apa. So marilah kita menyukarkan kerja mudah dengan merumitkan keadaan. Hahahah

Ye biasalah perempuan ni complicated. Benda simple nak rumitkan tapi tula salah satu cara nak habiskan masa.

So layanlah benda bodoh aku buat hari ni. Hahaha



Boleh klik SINI untuk tengok video tu. Hahaha

So antara kebaikan buat oren ialah :

1. Bantu sistem pencernaan kita (digestive system)
2. Kaya dengan Vitamin C
3. Bagus untuk kulit

Harga pun tak mahal berbanding pil pil vitamin c yang overdose/daily consume tu. So better ambik buah-buahan2 untuk diet harian kita ye sebab badan kita perlukan 75mg untuk perempuan dan 90mg untuk lelaki. Kebanyakan pill yang dijual mengandungi lebih 500mg.

Vitamin c yang terlebih di makan tu akan dibuang melalui urine. So amatlah membazir untuk consume lebih dari diet kita. Amboih mahal kencing korang ea 🤔🤔.


Wednesday, 8 January 2020

Pacific Regency Hotel | Review

Salam n hyee~~

Aku selalu pergi sini atas urusan kerja. Benda aku suka dengan hotel ni ada rooftop bar atas tu dan aku suka lepas around 10 lebih ke atas sebab waktu tu tak ada orang.

Yup. Ada serve alcoholic beverages tapi aku tak order melalu bar tu tapi dekat room service. Order kat bilik dah minta pelayan dia hantar dekat bar tu. Aku suka makan kat rooftop sambil2 tengok pemandangan dekat bawah.Dekat bar tu ada swimming sekali.

Luna bar ni open dekat orang luar juga bukan untuk tetamu hotel je. Tapi Luna Bar tak ramai sangat sebab closed 12.30pm so xboleh lepak lama sangat situ. Tambahan pulak banyak bar lain yang open sampai kepagi kan so sebab tu tak ramai.

Selalu lepak aku jadi last customer situ sebab datang sejam nak closing dah. Hahah. So ok la lepak2 kejap.

Kawasan pun dekat dengan dengan semua. KLCC dan bukit bintang pun dekat. So senang nak pergi makana tempat lain kalau tak berminat dengan hidangan hotel (banyak sangat makanan dia so okaylah tak payah keluar)


So kalau ambik package untuk breakfast sekali pun okay je cuma tak banyak sangat pilihan yang ada (ada pasta, nasi, snack dan buah). Banyak juga tapi kalau nak cuba makanan luar pun ok sebab banyak cafe lat luar tu.

So overall hotel, service dan harga amat berbaloi. Range dari 190-400 begantung kepada bilik yang kita nak. Hotel ni hotel 5 bintang tapi tak secanggih 5stars hotel lain bagi akula.


Ni breakfast dekat SOI 


Bilik di pacific regency 



Night view dekat luna bar 







The 7 Habits of Highly Effective People | Book Review

Salam n hyee ~~~

Author : Stephen R. covey
Price : MYR 49.90
Rate by me : 4*



Pada pandangan aku, buku ni lebih mengisarkan mengenai cara kepimpinan, kerjaya dan kehidupan kita. Bagaimana 7 habits ini dapat mempengaruhi 3 faktor tersebut (ciri2 leadership, career path dan daily basis kita).

Apa-apa pun pegang kata-kata ini

'Jangan lari dari masalah tapi fikir kesan paling teruk masalah itu akan bagi kat kita dan cuba selesaikannya'


Buku ni lebih kepada bagi rootmap macama mana kita nak hadapi masalah dan habits yang patut ada bagi menjadikan kita extraordinary.

Ni adalah introduction bagi buku ni. Kalau berminat pergilah beli kat kinokuniya. 📝

HABIT 1 : BE PROACTIVE

Sebagai contoh, career kita tak membantu kita untuk bayar daily basis kita. Kita jangan fikir ' tak ada apa-apa yang boleh kita buat lagi selain berjimat' tapi kenapa kita tak fikir sebaliknya fikir secara proactive mcm ' kena cari jalan lain untuk selesaikan'. Seperti cari kerja parttime on weekend or etc.

Contoh lain, kita tengok anak kita berubah sikap. Jangan marah dia sebab perubahan tu(sebab kadang2 perubahan mereka bagi masalah kepada kita) sebaliknya fikir sebab kenapa dia berubah? Ada masalah di sekolah? Etc


HABIT 2 : BEGIN WITH THE END IN MIND

Lebih jelas bagaimana tindakan kita hari ni mempengaruhi masa depan kita akan datang.

Macam mana keputusan kita buat hari ni akan memberikan kesan positif atau sebaliknya untuk hidup kita 10 tahun akan datang?

Cuba bayangkan adakah tindakan kita hari ni mampu mengembirakan kita pada masa akan datang?

Contoh terdekat.. Adakah keputusan kita masuk University dengan bidang kita pilih itu akan membawa kepada masa hadapan yang baik?

#tindakan hari ni memberi kesan untuk esok.

HABIT 3 : PUT THE FIRST THINGS FIRST

'' things which matter most, must never be at the mercy of things which matter least''

Lebih senang macam ni. Meeting tempat kerja atau meeting perjumpaan dengan guru untuk anak2 lagi penting? 🤔🤔 So mana satu?

Kalau meeting tempat kerja tu memang tak akan jalan kalau kita tak ada dan ada partner kita yang boleh ganti untuk meeting dengan guru. So pilihlan meeting kerja.

Tapi kalau meeting kerja tu tidak melibatkan kita sangat(boleh tanya rakan kerja) dan tiada siapa2 yang boleh hadir ke meeting guru tu so pilihlah meeting guru.


Habit 3 ni lebihkan kita as creator nak create situations tapi kena pastikan kita fikir yang mana lagi penting jika berlaku dalam masa yang sama.

HABIT 4 : THINK WIN/WIN

Dalam banyak2 masalah dengan pihak lain cuba jadikan win/win situation dari win/lose or lose/lose.


HABIT 5 : SEEK FIRST UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD

Concept mudah, kalau kita nak orang faham kita, kita kena faham dorang balik.

Kau nak partner kau bagi hadiah kat kau, kau bagi hadiah kat dia balik.

Kau nak orang buat baik dengan kau, kau kena buat baik dengan orang juga.

Untuk habit 6 dan 7 korang rasa apa????
HABIT 6 : SYNERGIZE
HABIT 7: SELF RENEWAL

Cuba bagi pandangan mengenai habit 6 dan 7. Kalau nak bagi pandangan habits lain pun ok je 😘😘

Tuesday, 7 January 2020

How to set up your first physical business | Macam mana nak set up perniagaan pertama

Salam n hye~~

Memang tak dapat disangkalkan lagi perniagaan ni macam kita 100% bergantung kepada pemberi rezeki kita. Tapi bergantung untuk DIA berikan rezeki tanpa usaha dan strategi yang betul tidak akan membuahkan hasil. Tambahan lagi dengam hanya berdoa sahaja tanpa sebarang usaha. Aku lebih fokuskan bidang makanan sebab aku banyak terlibat dengan bidang makanan berbanding bidang lain.

Melalui kegagalan yang lepas aku akan kongsikan tipa untuk set up fizikal business. Fizikal business ni seperti cara bagaimana nak buka cafe, restaurant or so on yang memerlukan 'tapak'.

Aku dah ceburi bidang perniagaam hampir 3 tahun. Sejak zaman belajar lagi tapi zaman belajar nelibatkan fizikal business. Semua hampir rasa walaupun baru setahun jagung dalam bidang business ni macam :

1. Modal hilang

Ni kes tak mampu rolling balik sebab cost dalaman dan luaran tak selari. Sebagai contoh, net income yang masuk tidak melebihi cost yang perlu di tanggung(pekerja, bahan mentah, sewa, bill air dan elektrik)

2. Business partner buat hal

So nasihat aku carilah business partnet yang betul2 ok. Tapi better kalau bergerak solo kalau ada trust issue dengan sesiapa. Kalau melibatkan duit kena cari yang sama level dengan kita( dari segi pemikiran nak majukan business bukan asyik tanya net share monthly)

Banyak lagi tapi sebab tajuk ialah bagaimana nak set up bukan kenapa gagal. Nanti next post aku huraikan KENAPA BUSINESS GAGAL. ouch


So ini adalah tips bagaimana nak set up perniagaan.

1. BERANI AMBIK RISIKO

Kalau tak mampu tanggani rasa stress aku syorkan cari business partner yang boleh dipercayai. Sebab risiko dalam business banyak terutama untuk set up pernigaan fizikal ni macam kebajikan staff, modal tak rolling, business partner lari dgn duit, ditipu oleh orang tengah,masalah pembekal? Macam mana kalau tak mendatangkan profit?

2. BUSINESS APA?

Contoh aku banyak involve dengan bidang makanan(cafe, restaurant). Kalau mengenai ini kena kaji sumber pembekal, bahan2 dan costing.

Mana nak cari pembekal? Perlu senarikan lebih dari 3 pembekal sebab kalau jadi apa2 pada pembekal pertama kita ada backup yang lain.

Betul ke business yang kita nak involve tu boleh datangkam profit? Jawapannya belum tentu selagi kita tak run business tu. So baca balik step 1.

 Perlu diingatkan duit cover apa2 jadi untuk 6 bulan advance kena ada. Jangan cukup2 untuk opening sahaja.

3. STRATEGI LUARAN

Promosi kan perniagaan kita. Kalau bidang cafe boleh share dengan FOODPANDA, GRABFOOD dan DELIVEREAT.

Cuba cari source luaran yang boleh mendatangkan profit untuk kita.

Contoh lain promosikan dalam media sosial. Promote dengan Google ads and etc.

4. STRATEGI DALAMAN

Jaga dan pantau prestatsi pekerja dan makanan.

5. MODAL?

Aku sarankan ada 6 bulan advance untuk apa-apa yang jadi. Kalau business makanan kita tak mendatangkan hasil so inilah masanya kau kena berundur dengan let go that business atau ubah menu dan pantau balik.

Tapi bagi aku.. Kalau business dalam bulan pertama hingga keenam tak mendatangkan hasil dan profit untuk cover balik cost overhead kita better dilepaskan. Jangan tunggu lama sebab modal yang tinggal tu patut cuba benda lain pulak dari terus menyelamatkan perniagaan yang tidak mendatangkan hasil apa2.

Sebab apa? Nanti kita akan proceed kepada loan lain dan terbeban. Pantau betul2 selama 6 bulan tu. Tengok prestasi dan peratusan keuntungan adakah mampu cover atau tidak?

Sebenarnya hanya step 1 dan  5 penting. Step 5 tu penting sangat jangan sampai bebankan diri.

Kalau selepas 6 bulan profit dah ada semua so boleh teruskan tapi kalau sebaliknya kena let go. Serius talk.

Itu sahaja.


Monday, 6 January 2020

Segmen bloglist 2020

Salam n hyeee... Jom join segemen bloglist 2020❤️

Klik banner kalau nak join ok 



Taman Tasik Titiwangsa | selepas renovation

Salam n hyee~~~~

Rasa semua orang tahu tentang kewujudan tasik ni. Cuma dah bertahun closed due to renovation kan. Last pergi 2 tahun lebih yang lepas. Nampak banyak perbezaan lepas renovate.

Cumaaa satu je masih sama iaitu masalah SAMPAH. Dalam tasik masih ada sampah bekas makanan yang dibuang, sisa rokok dan makanan ringan. Dah masuk tahun 2020 pun mentaliti masih sama. Walaupun dah disediakan tong sampah tapi masih ada yang buang merata.

Please take note juga jalan untuk pejalan kaki dan yang mengunakan basikal. Nanti tak pasal-pasal ada kemalangan kecil dalam tu.

So kalau nak tengok macam mana tasik titiwangsa sekarang buat play video dibawah. Tak ambik banyak pun. Tapi still worth untuk pergi bagi yang tak pergi lagi. Cuma ingat ye, jangan buang sampah merata.











Saturday, 4 January 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Salam n hyeee...

Lama tak join GA. So moh la join. Syaratnya simple je.




For those yang nak join boleh klik banner tu ok? 



Thursday, 2 January 2020

Tplanner 2020 by Teme Abdullah

Salam n hyeee ~~~

So hari ni aku nak tunjuk planner yang akan aku guna untuk tahun 2020 iaitu Tplanner by Teme Abdullah. Penulis ni amat famous bagi sesiapa yang mengikuti seri jalanan yang ditulis oleh beliau. Tplanner in edisi yang kedua. Edisi pertama pada tahun 2019.


So kanan ialah planner 2020 dan kiri ialah 2019. 

Cantik bukan? Setiap bintang menandakan edisi dan tahun. Tahun 2019 merupakan edisi pertama planner ini jadi ada 1 bintang. Untuk tahun 2020 ada 2 bintang utk edisi kedua. 

Apa yang menarik mengenai planner ini ialah setiap pemilik akan memilik no owmership yang hanya limited untuk beberapa bilangan sahaja.


So tu no aku out of 22222 org aku no 10317 ❤️

Siri planner ini banyak yang menarik yang mengandungi beberapa guidelines untuk penggunanya. 


Guideline 1 boxed of cube mengenai mengenai umur kita. Berapa lama masa kita ada before 60?kenapa 60?sebab mostly umur umat nabi muhammad ialah 60.



Guideline 2 mengenai ' Me in 10 years'. So utk next 10 thun kita boleh plan nak buat apa dan kalau dipanjangkan umur boleh tengok balik. 



Guideline 3 ialah 2020 goals. So apa goals untuk 2020? Memiliki kereta terbang? Heks



Guideline 4 ialah mood tracker.. So setiap hari boleh tulis samaada kita stressed, annoyed, happy, fine, sad or bored dengan warnakan kotak. Amat menarik. 



Guideline 5 ialah financial tracker. So in and out money lebih terperinci. Dari sini bolehla tahu berapa banyak korang makan kedai hipster dalam masa setahun. Hahaha. Tak lupa donation and etc. 




So untuk catatan harian, mingguan dan bulanan ada disediakan jugakk. Psssstt edisi ini dah tak dijual tau. Preorder setiap bulan 11 tapi biasa cepat sold out.. First day pre order better beli terus. Hahaah

Untuk lebih lanjut boleh tengok video TPLANNER BY TEME ABDULLAH <--klik je








K Fry Urban Korean

Salam n hyee~~




So kedai ni dah lama buka(aku pergi outlet klcc) tapi sebab malas q so selalu tak jadi pergi. Tapi sekarang tak payah susah2 q. Hanya ambik no dan download apps QUEQ so nanti bolehla jalan2 dulu(biasa ambik masa more than 40min) sebelum dapat seat.



Sebelum makan tu sempatlaa aku singgah lepak kinokuniya dengan makan aunty anne dlu(see lama jugak nak tunggu seat)


Hari tu aku pergi sorang je. So memang tak la dapat habis makan semua sorang.



Ayam boleh pilih nak sweet, spicy or mix. Aku ambil sweet sebab tak makan pedas. Gabungan ayam + mozarella cheese tu bagi aku ngam jugak. Aku bagi rate 8/10. Sebab kalau makan ayam tu without cheese tu rasa tak berapa ngam sangat.

Kalau nak makan without cheese boleh cuba ayam 4fingers or chickenplus.

Harga dia for 12pcs around Rm55-Rm65 sekali dengan cheese and fries.

Nak tengok full video boleh visit sinii >>> K FRY URBAN KOREAN

Adiossss...

Review movie | Spies in Disguise

Salam n hye..

So tadi aku tengok cite ni. Aku rate dia 10/10 sebab berjaya buat aku gelak n happy. Jalan cerita tak cliche. In short memang perfect.


(tgv ada buat promo tiket RM10 till end of this year iaiatu 12/2020 kalau guna e wallet touch and go and korang dapat rm5 cashback)


So dia mengisahkan seorang spy(Lance Sterling) yang super spy yang dikagumila yang bergerak secara solo tanpa bantuan dari team dia tapi lastly dia berjaya buang ego dia dan menerima idea(weird ideas) dari seorang scientist yang semua orang pinggirkan sebab weird iaitu Walter.

Setiap ciptaan Walter ni tidak akan memberi kesan teruk(kematian, kecederaan) pun. In fact dia kata ' manusia untuk di selamat kan'. Lance pula lain prinsip yang dipegang. Selain dia suka gerak solo (ego tinggi), dia akan bunuh atau cederakan orang utk selamatkan keadaan. So dapatla tahu perbezaanya kan?

So tak nak bagi spoiler. Better tengok sendiri ok? Hahahha

Part Lance bertukar jadi pigeon tu tak boleh blah.. I was thinking like macam tu binatang tengok kita? Hahahaha

And lastly of course dorang berjaya selesaikan misi. Indeed Walter dinaikan pangkat sebab 'weird' dia berjaya menyelamatkan banyak nyawa.

So ni rating aku bagi

Jalan cerita :9/10
Funny? : yesssss absolutely 10/10
Patut tengok ke tak? : Yes.. Go watch that movie pasti korang akan riang gembira. Hahahaha


Adiosssss..

Wednesday, 1 January 2020

Melaka | Klebang

Salam n hyeee~~~

Last month aku ad join satu kelas youtube by CARDOCK. Kalau tak tahu siapa dia boleh search kat yt. Hahahaha. So alang-alang kelas tu kat MELAKA so jejak la kaki ke KLEBANG.

Tapi seriously cakap, walapun tu pantai buatan tapi still lawa. Banyak kedai-kedai makan semua.

Tahap kebersihan pun perfect. BERSIH.




So kalau nak tengok lagi sila ke yt channel aku. Ad buat vid pasal KLEBANG. HAHHAHA

KLEBANG | MELAKA

Adiosss.. Salam ❤️

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Salam n hye semuaa~~ (PEMENANG GA AKAN DIUMUKAN PADA 7HB MELALUI POST DI BLOG) So ni kali pertama aku buat contest. Harap ada sambutan...